Selasa, 6 September 2011

UCAPAN RAYA

شلآمت هاري راي عيدالفطري
Selamat Hari Raya Aidilfitri

Isnin, 1 Ogos 2011

RAMADHAN AL MUBARAK

Alhamdulillah, bulan Ramadhan yang mulia ini sudah hadir sekali lagi dan kita juga diberkati untuk bersamanya. Ramadhan adalah bulan yang menjanjikan ganjaran yang sungguh baik untuk kita.

Semoga kita diberkati dengan umur yang panjang.  Mudah-mudahan juga kita diberkati untuk dapat mempertingkatkan segala amalan yang baik.

SELAMAT BERPUASA
KEPADA SEMUA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT.

Isnin, 25 Julai 2011

BERSIH DAN AMANAH

Lamanya tak update.  Sudah bersawang sesawang ni!  Teruk juga ler!  :)

Jadi bangkit bersih-bersih saja dulu.   Macam apa yang dipinta oleh rakyat yang prihatin  - BERSIH.

Sekarang ada seruan supaya AMANAH  juga.  Elok sangat la tu!

Khamis, 2 Jun 2011

SAKIT HATI & MIGRAIN TIBA

Selepas satu, satu lagi dinaikkan harga.  Dari bahan asas kini sudah sampai ke keperluan asas pula?  Kenapa begini jadinya?

Semakin sehari, rasa semakin sakit hati!  Bila selalu sakit hati, sakit kepala mula menjadi-jadi pula.  Berdenyut-denyut rasa kiri kanan, depan dan belakang semua.

Aduh!  Kalau khudrat masih kuat dan aku masih muda, mahu rasanya berhijrah ke mana yang suasananya lebih adil dan saksama!

Ahad, 22 Mei 2011

SEBASTIAN VETTEL MENANG LAGI

Perlumbaan F1 di Sepanyol baru saja tamat.  Teruja pula melihat pemandu Red Bull, Sebastian Vettel.  Beliau terus menunjukkan prestasi cemerlang dan muncul juara di perlumbaan ini.

Semangat kesukanan dan dedikasi sebeginilah yang kita perlukan dari setiap ahli sukan kita.  Jika ada komitmen tinggi, kejayaan akan datang juga.

Sabtu, 7 Mei 2011

UPDATE

Macam mana orang boleh buat update berkali-kali sehari?  Aku tak tahu la!

Majoriti memang tak update berkali-kali.  Mereka update hari-hari.  Ada berselang satu atau dua hari.

Rasanya elok update hari-hari.  Tapi banyak yang update hari-hari tu cerita sama topik atau isu.  Macam ulang berita saja.

Blog yang aku lawat sekejap tadi hanya satu saja buat update.  Jadi aku update pasal cerita update la!  Update juga namanya!

Selasa, 3 Mei 2011

CUTI SAKIT

Orang pergi beriadah dan berjalan kerana cuti minggu yang panjang.  Tetapi malang menimpa saya.  Sejak petang Sabtu, badan rasa pegal-pegal.  Malamnya terus demam.

Anak-anak tak gembira dan nampak gelisah.  Bila isteri sarankan anak-anak pergi berjalan ke Mall atau ke mana yang dekat, saya rasa tak larat nak melakukannya.

Sudahnya, isteri dan anak-anak pergi shopping.  Saya tinggal la sendirian di rumah.  Macam cuti sakit pula lagaknya.

Rabu, 20 April 2011

PERLU RUANG MASA

Ternyata kalau nak sentiasa update blog kita perlu ruang masa yang banyak.  Jika sibuk terabai la jawapnya.

Nampaknya kita perlu mentadbir masa dengan lebih baik lagi jika mahu update setiap hari.  Itupun jika tidak terlalu sibuk.  Jika sibuk terabai la jawapnya.

Ada mereka bergantung atau  mengharap pendapatan dari blogging.  Mungkin mereka ini sajalah yang sentiasa memberi komitmen dan prioriti yang tinggi terhadap dunia blogging.

Sabtu, 16 April 2011

PANASNYA DI SARAWAK

Saya pergi ke Kuching selama dua hari atas urusan.  Malamnya saya ikut pergi dengar ceramah politik bersabit pilihanraya negeri kali ini.

Kawan bawa pergi dengar ceramah sebelah pihak parti pemerintah dan juga parti pembangkang.  Sedap dengar ceramah politik ini.  Macam-macam janji pilihanraya!

Apa yang nampak jelas, sambutan untuk pihak pembangkang sungguh amat ramai sekali.  Pendengar-pendengar nampak lebih bersemangat.

Kiranya memang terasa panas.  Keputusannya kita sama-sama lihat nanti!

Khamis, 7 April 2011

RAYA PILIHANRAYA SARAWAK

Nampaknya pilihanraya Sarawak kali ini akan menjadi lebih meriah.  Apa tidaknya, inilah kali pertama semua kerusi akan dipertandingkan.

Seingat saya, selalu tu mesti ada BN menang tanpa bertanding.  Kali ini BN mesti lawan di semua kawasan, termasuklah kawasan Ketua Menterinya.

Tentu seronok melihat suasana ini.  Orang Sarawak selalu beraya sakan.  Kali ini nampaknya, pilihanraya sakan pula.

Lebih dari 2/3 kerusi-kerusi ini adalah merupakan pertandingan pelbagai penjuru.  Semuanya, 213 orang calon akan bertanding.  Meriah tu!

Sabtu, 2 April 2011

MULA SALAH HARI

Aduh!  Semalam tak perasan pun.  Rupa-rupanya ada ingat ia adalah April Fool.  Macam tersalah hari pulak rasanya! 

Nak buat macam mana?  Teruskan saja sebab memang bukan tujuan untuk April Fool pun

Apa-apa pun, mudah-mudahan menepati objektif juga la.  Nak mengisi masa-masa yang terluang!

Jumaat, 1 April 2011

BARU DUDUK BELAJAR

Tak berapa nak reti lagi.  Tapi sudah berdaftar dulu.  Nanti selepas faham barulah boleh mencorak warna.

Agaknyalah!  Mudah-mudahan.